Dalam hidup, pasti ada perpisahan. Kadang kadang perpisahan itu hanya sementara, kadang kadang untuk selamanya. Tetapi perpisahan untuk selamanya amat memeritkan. Bertambah sukar apabila tanpa kita duga, kita terpaksa 'berpisah' dengan seseorang yang amat kita sayangi. Sesorang yang tiada pengganti. Namun, sebagai hamba, kita harus akur dengan takdir-Nya... :'))
. Al-Fatihah .
-Burhan Hanafi-
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami,
Kerana takdir yang maha esa telah menetapkan.
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan,
kau sahabatku, kau teman sejati.
Tulus ikhlasmu, luhur budimu,
Bagai tiada tiada pengganti.
Senyum tawamu, juga katamu,
Menghiburkan kami.
Memori indah kita bersama,
Terus bersemadi.
Kau sahabatku, kau teman sejati.
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu,
Disaat kau masih diperlukan.
Tuhan lebih menyayangi dirimu,
Kupasrah diatas kehendak yang Esa.
Ya Allah, tempatkannya di tempat yg mulia,
Tempat yang dikau janjikan nikmat utk hambamu.
Sahabatku, akan kuteruskan perjuangan ini,
Walau kutahu kau tiada disisi.
Perjuangan kita masih jauh beribu batu,
Selagi roh masih dijasad hidup diteruskan.
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau,
Bagai semalam kau bersama kami.
Moga amanlah dan bahgia dikau disana,
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan.
Moga disana kau bersama para solehin,
Kau sahabatku, kau teman sejati ! ♥ :'))
*SalamRindu, SaraRadzi.
No comments:
Post a Comment