Dalam setiap perhubungan pasti ada masalah. Kan? Tapi apa yang membuat hubungan tu sempurna ialah apabila kita masih mahu berusaha untuk mengekalkannya. Walau macam mana masalah sekali pun, kita mesti takkan buat keputusan untuk mengakhiri hubungan tersebut. Jangan jadikan alasan bila berpisah, masalah itu akan selesai. Sebenarnya itu pilihan yang salah. Sebabnya, "one of the most difficult things in this life is removing someone from your heart. Orang yang kita jumpa dekat pasar malam pun kita boleh ingat, ini pulak orang yang kita sayang, yang kita simpan dia dalam hati dalam jangka masa yang lama. Ishh, mana mungkinlah dapat lupakan macam tu jaa. Satu hari nanti mesti akan merindui jugak. Masa tu, akan terdetik lah penyesalan dalam hati. Kan? ;') Jadi, perpisahan bukan lah satu penyelesaian yang baik. Jangan ucap selamat tinggal, kalau hati masih sayang. Menyesal tak sudah jea nanti. Tahu tak, keputusan yang dibuat masa kita tengah marah itu ialah keputusan yang paling bodoh sekali dalam dunia niyy. So, tak salah kan kalau kita keep silent sementara waktu untuk tenangkan diri? Bagi masa untuk otak kita berfikir dengan waras. Jangan tergesa-gesa dalam apa pun keputusan. Fikir masak masak dulu, kalau tak boleh, separuh masak pun jadi lahh. hehe. :P okaiyy.
*SalamKekuatan, SaraRadzi. ♥
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment