~~ assalamualaikum ~~

CINTA

Saya tak kisah kalau tak dijodohkan dengan orang saya cintai, tapi saya harap jodoh saya akan mencintai saya dengan seadanyaa :'))
*Cinta hatiku hanyalah lelaki yg halal untukku*

suka ? klik like !

Tuesday, 26 March 2013

Kau Anggap Apa?

Entahh? Entah dia perasan atau tidak ketiadaan aku dalam masa beberapa hari niy? Mungkin perasan, tapi dia tak kisah? Mungkin jugak dia kisah tapi dia diam? Bicara dari hati ke hati tak pernah ada antara kami. :'// Bagi aku, semua tu akan menyebabkan sesuatu perhubungan tu jadi terlalu complicated! Bukan tak pernah suarakan, pernah. Tapi, entahh. Mungkin cara kita berfikir tak sama? Dan pendapat kita berbeza? Mungkin jugak cara berfikir sama, tapi tindakan kita berbeza? Entah lahh. Mungkin jugak kita niy yang terlalu banyak berfikir hinggakan menimbulkan rasa yang negatif? Hmm. Semuanya ENTAH & MUNGKIN ! :'//

# aku takkan pergi bila kau anggap aku ada # :'>
*SalamKeresahan, SaraRadzi.  ♥ 

Friday, 22 March 2013

Yang dulu.

Bismillahhirahmanirrahim..
Ya Allah, kau jagakan dia disaat aku jauh. Diamku bukan bermakna melupakan. Tapi diamku menyimpan seribu doa yang terbaik buatnya. Katakan padanya, aku sentiasa ada untuk dia. Walaupun aku sering dilupakan. Aku tak pernah lelah menyayanginya, tetapi aku terasa letih menantikan kehadirannya yang dulu. Sesungguhnya aku merindui dia. Aku rindu dia yang dulu! Ya Allah, berikanlah dia yang terbaik sepanjang hidupnya. Ameen. :'))
*SalamRindu, SaraRadzi. ♥ 

Sunday, 17 March 2013

Jangan Ucap kalau Masih Sayang.

Dalam setiap perhubungan pasti ada masalah. Kan? Tapi apa yang membuat hubungan tu sempurna ialah apabila kita masih mahu berusaha untuk mengekalkannya. Walau macam mana masalah sekali pun, kita mesti takkan buat keputusan untuk mengakhiri hubungan tersebut. Jangan jadikan alasan bila berpisah, masalah itu akan selesai. Sebenarnya itu pilihan yang salah. Sebabnya, "one of the most difficult things in this life is removing someone from your heart. Orang yang kita jumpa dekat pasar malam pun kita boleh ingat, ini pulak orang yang kita sayang, yang kita simpan dia dalam hati dalam jangka masa yang lama. Ishh, mana mungkinlah dapat lupakan macam tu jaa. Satu hari nanti mesti akan merindui jugak. Masa tu, akan terdetik lah penyesalan dalam hati. Kan? ;') Jadi, perpisahan bukan lah satu penyelesaian yang baik. Jangan ucap selamat tinggal, kalau hati masih sayang. Menyesal tak sudah jea nanti. Tahu tak, keputusan yang dibuat masa kita tengah marah itu ialah keputusan yang paling bodoh sekali dalam dunia niyy. So, tak salah kan kalau kita keep silent sementara waktu untuk tenangkan diri? Bagi masa untuk otak kita berfikir dengan waras. Jangan tergesa-gesa dalam apa pun keputusan. Fikir masak masak dulu, kalau tak boleh, separuh masak pun jadi lahh. hehe. :P okaiyy.
*SalamKekuatan, SaraRadzi. ♥ 

Friday, 15 March 2013

Bila Hati dah Berubah.

Bila kita dah berubah hati, berterus teranglah dengan dia. Mungkin itu menyakitkan. TAPI, lebih menyakitkan kalau dia tahu yang selama ini kita stay just sebab terpaksa menjaga hati dia. Lebih baik jujur dalam hal macam niy. Mula mula memang susah untuk dia terima semua tuu. Tapi lama kelamaan dia akan berlajar untuk melupakan dan membuka hati untuk orang lain. :)
*SalamKekuatan, SaraRadzi.  ♥ 

Thursday, 14 March 2013

Kau Sahabat, Kau Teman :')

Dalam hidup, pasti ada perpisahan. Kadang kadang perpisahan itu hanya sementara, kadang kadang untuk selamanya. Tetapi perpisahan untuk selamanya amat memeritkan. Bertambah sukar apabila tanpa kita duga, kita terpaksa 'berpisah' dengan seseorang yang amat kita sayangi. Sesorang yang tiada pengganti. Namun, sebagai hamba, kita harus akur dengan takdir-Nya... :')) 
. Al-Fatihah .

-Burhan Hanafi-

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami,
Kerana takdir yang maha esa telah menetapkan.
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan,
kau sahabatku, kau teman sejati.

Tulus ikhlasmu, luhur budimu,
Bagai tiada tiada pengganti.
Senyum tawamu, juga katamu,
Menghiburkan kami.

Memori indah kita bersama,
Terus bersemadi.
Kau sahabatku, kau teman sejati.
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu,
Disaat kau masih diperlukan.
Tuhan lebih menyayangi dirimu,
Kupasrah diatas kehendak yang Esa.

Ya Allah, tempatkannya di tempat yg mulia,
Tempat yang dikau janjikan nikmat utk hambamu.
Sahabatku, akan kuteruskan perjuangan ini,
Walau kutahu kau tiada disisi.

Perjuangan kita masih jauh beribu batu,
Selagi roh masih dijasad hidup diteruskan.
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau,
Bagai semalam kau bersama kami.

Moga amanlah dan bahgia dikau disana,
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan.
Moga disana kau bersama para solehin,
Kau sahabatku, kau teman sejati ! ♥ :'))

*SalamRindu, SaraRadzi.

Tuesday, 12 March 2013

Pahit akan Manis akhirnya.

Kadang kadang kita tak sedar, kita sebenarnya menyayangi sesorang. Dia selalu ada untuk kita. Tapi kita tak pernah nampak disebabkan terlalu sibuk menyayangi orang lain. Hinggalah dia pergi meniggalkan kita. Dan disaat kita kesunyian dikala diabaikan oleh org yang kita sayang, barulah kita tersedar akan kesilapan yg kita lakukan. Baru lah terasa beertinya kehadiran dia dalam hidup kita. Tapi sayangnya, saat kita mula tersedar, dia kini sedang berbahagia dengan seseorang. Seseorang yang lebih menghargai kehadirannya disisi. Sesalnya hati, hanya Allah yang tahu. Tapi dalam masa yang sama, kita perlu terima dengan hati yang terbuka, redha dengan ketentuan Allah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Mungkin kita terfikir akan bahagia kalau kita tidak terlewat untuk menyedari kehadirannya dalam hidup kita. Namun siapa tahu, dia bahagia dengan orang lain, tapi bukan dengan kita. Sebab itu lah Allah menjauhkan dia dengan kita. kan? Apa yang kita lihat indah digenggaman orang lain, belum tentu indah digenggaman kita. Allah dah tentukan yang terbaik buat kita semua. Jodoh tu ketentuan Allah. Kalau ditakdirkan dia untuk kita, tetap untuk kita. Walau dengan siapa dia bersama sekarang, sejauh mana dia berada, sesukar manapun halangan, pasti akan menjadi mudah andai kata sudah tertulis di LuhMahfuz bahawa dia adalah jodoh kita. Begitu jugak sebaliknya. Walau sekuat mana kita mencintai, menyayangi seseorang, jika dia bukan jodoh kita, tetap bukan untuk kita. Jadi kesimpulannya disini, kita harus menerima apa pun yang terjadi pada masa sekarang kerana kita tak tahu apa yang akan terjadi dimasa hadapan. Hidup ni terlalu singkat untuk kita terus bersedih. Mungkin sekarang kita mengalirkan air mata, tetapi siapa tahu bahagia sedang menanti kita dihadapan? :) Dia yang kita sesali mungkin baik, tetapi Allah telah menyediakan yang lebih baik untuk kita. Doakanlah kebahagian dia bersama insan tersebut. Dan berdoa semoga kita ditemukan dengan seseorang yang mampu menemani kita hingga ke Jannah. Ayuh, bangunlah sahabat. Tabahlah dan terus tersenyum. Yakin dengan Allah. ♥ :')
*SalamKekuatan, SaraRadzi.